Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengumumkan peraturan baharu di mana pegawai kerajaan tidak lagi dibenarkan melancong ke luar negara sekiranya bukan tugas rasmi dan tiada kaitan dengan hal ehwal kerajaan.
Serentak itu, dalam tempoh lima hari akan datang, barisan Kabinet Menteri perlu merencanakan prosedur baharu untuk pegawai kerajaan ke luar negara bagi urusan rasmi sahaja.